Wednesday, October 21, 2009

Kenangan Bersama Pensyarah yang Tersayang



Gambar kenangan bersama Prof Madya Dr Nurhayati Bt Zainal Abidin ( Pakar Cancer) di rumah beliau bersempena hari raya aidilfitri

<span style="font-weight:bold;">
"GAMBAR KENAGAN BERSAMA PAKAR FORENSIK DAN PAKAR PARASIT IAITU MAMA EDAH"


Tanggal 8 oktober 2009 adalah tarikh yang amat bermakna bagi penulis dan sahabat-sahabat...pada tarikh tersebut kami telah diberikan keizinan dan kesempatan oleh Allah untuk menyambut hari raya bersama-sama 3 orang pensyarah yang kami sayang dan yang kami hormat iaitu Mama Edah, Dr Sheena dan Prof Madya Dr Nurhayati Bt zainal abidin..Alhamdullilah Cukup meriah..terima kasih guru2 ku

Sunday, October 18, 2009

Pesanan Untuk Lelaki Untuk Mencari Calon Isteri



Pesanan Untuk Lelaki- Utk Mencari Calon Isteri
Jangan engkau kahwini wanita yang memiliki enam sifat ,pertamanya adalah jangan yang Ananah, Kedua yang Mananah,Ketiga yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Keempat adalah Hadaqah,Kelima yang Baraqah dan yang terakhir adalah Syadaqah.”

Wanita Ananah bermaksud wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan selalu buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka mengungkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali

Thursday, September 10, 2009

Tazkirah Ramadhan : Lelaki Acuan AL-Quran


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.

Tuesday, September 1, 2009

" Jangan Malu Berkata Aku Tidak Tahu"




Jika kita baca lembaran silam, para ulama tidak pernah malu berterus terang jika mereka benar-benar tidak tahu. Hal ini kerana mereka tahu, mengeluarkan pendapat atau fatwa jika tidak disandarkan pada ilmu adalah buruk akibatnya. Dan sifat mereka yang hati-hati inilah yang justeru menunjukkan bahawa mereka adalah orang-orang yang berilmu. Banyak yang boleh kita contohi sifat-sifat baik mereka.

Al-Khatib Al-Baghdadi mengisahkan bahawa Imam Malik ditanya 48 masalah, hanya dua yang dijawab, dan 30 masalah lainnya dijawab dengan, "la adri" (saya tidak tahu) (al-Faqih wa al-Mutafaqqih, 2/170).

Hal ini berlaku tidak hanya sekali. Diriwayatkan juga oleh Ibnu Mahdi bahawa seorang lelaki bertanya kepada Imam Malik, akan tetapi tidak satu pun dijawabnya hingga lelaki itu mengatakan bahawa "Aku telah melakukan perjalanan selama 6 bulan, diutus oleh penduduk bertanya kepada tuan, apa yang hendak aku katakan kepada mereka? 'Imam Malik menjawab, "katakan bahawa Malik tidak dapat menjawabnya!" (Nukilan dari al-Maqalat al-Kautsari, 398).

Seorang faqih besar Madinah, Imam Mazhab yang dianuti ribuan ulama hingga kini, yang mazhabnya menyebar hingga ke Andalusia, tidak berasa malu mengatakan dirinya tidak mampu menjawab. Tidak hanya beliau, para ulama Madinah juga amat berhati-hati dalam menjawab masalah halal dan haram. Kerana jika tidak mengetahui jawapan yang tepat, kemudian memaksakan diri untuk menjawab, sama dengan menisbahkan suatu perkara yang bukan syriat kepada syariat. Beliau menukilkan: “Tidak ada sesuatu yang paling berat bagiku, melebihi pertanyaan seseorang tentang halal dan haram. Kerana hal ini berkaitan hukum Allah. Kami mengetahui bahawa ulama di negeri kami (Madinah), jika salah seorang daripada mereka ditanya, seakan-akan kematian lebih baik daripadanya”. (al-Maqalat al-Kautsari, 399).

Abu Hanifah, Imam Mazhab paling tua dari empat mazhab juga pernah ditanya tentang sembilan masalah, semuanya dijwab dengan “la adri” (aku tidak mengetahu). (al-Faqih wa al-Muttafaqih, 2/171)

Tetapi kini ada anggapan jika seseorang tidak tahu, lalu ia terus terang mengatakan “saya tidak tahu”, maka pelbagai stigma negatif akan dikaitkan dengannya seperti kurang pengetahuan, bodoh, tidak cerdik dan lainnya. Padahal tidak demikian sebenarnya, beberapa orang ulama seperti al-Mawardi dan al-Munawi menjelaskan, justeru merupakan sifat orang alim, jika ia tidak tahu maka ia terus terang. Sebaliknya sifat orang bodoh, jika ia takut mengatakan kalau dirinya tidak tahu, dan hal itu bukanla suatu yang aib.

Beliau menjelaskan , hal ini malah menunjukkan ketinggian kedudukannya, keteguhan agamanya, kesucian hatinya, sempurna pengetahuannya serta kebaikan niatnya. Justeru, janganlah kita memaksa untuk bercakap tentang hal yang tidak kita ketahui.

Tuesday, August 25, 2009

Sejarah Hitam : Memperingati Masjid Al-qsa Dibakar




Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Namun, Allah SWT telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.


Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutus oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria. Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.


Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.


Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa. Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.


Berkait isu Palestin

Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin. Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam.Sebab utamanya, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.


Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam. Akibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.


Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa. Adalah diharap program ini akan menggerakkan masyarakat supaya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.


Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia. Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara terus lagi haram oleh rejim Zionis.

Friday, August 14, 2009

Rintihan Hati Setelah Bergelar Graduan Uni Perdana


Allahuakbaar...Allahuakbar.....Allahuakbar.....ya Allah betulkah aku dah grad ni??? rasa baru je mendaftar tahun satu di Universiti Malaya....tiba2 dah grad dah....masa memang cepat berlalu..benarlah kata nabi dalam hadith nabi yang mengakui bahawa dua nikmat yang manusia sering manusia lupa.....iaitu nikmat kesihatan yang baik dan nikmat waktu lapang,...dalam diri ni selalu berkata-kata..." ilmu aku masih belum cukup"...ilmu agamanya masih kurang..ilmu sainsku pun rasa masih kurang...jadi aku perlu pertingkatkan ilmu aku ....aku perlu tallaqi kitab2 agama banyak-banyak, disamping aku tidak lupa ilmu Sains kesihatan yang aku pelajari, aku perlu mantapkan...masih sempatkah aku mempelajari kesemua ini lantaran aku tidak mengetahui bila aku akan dijemput Allah untuk bertemunya....tetapi....aku perlu ingat sepertimana nabi sebut dalam hadisnya " اطلب العلم من محدي الي لهدي" yang membawa maksud tuntulah kamu ilmu daripada buaian sehingga ke liang lahad...semakin aku belajar aku semakin merasai akan kemanisan ilmu...YA Allah permudahkan hidupku YA Allah...

Monday, August 10, 2009

Kenangan Terakhir Bersama-sama Anak Murid Kelas Pintar 3, Sekolah Sri Pintar USJ 15


" Aduh pilunya rasa dihati disaat-saat bahagia ku mendidik anak-anak muridku mengenal Tuhan, mengenal rasul, mengenal identiti diri sebagai seorang muslim,mengenal bahasa arab, mengenal erti kehidupan sebenar berpandukan agama Allah telah tamat pada tanggal 9 hb Ogos 2009....aku mengenang kembali saat suka duka, senyum dan ketawa bersama-sama muridku...yang paling pilu dirasakan apabila ramai yang menangis disaat hari-hari terakhir mereka bersamaku..."Ustaz ni baik dan lawak la " kata seorang pelajar..."Ustaz jangan tinggalkan kami...kalau ustaz pegi siapa yang nak ajar kami bahasa arab?"....."ustaz tolong la jangan pegi"..sambil memelukku...aduh menitis air mataku....sayu kedengaran suara-suara anak-anak kecil yang baru nak bejinak-jinak dengan islam,...baru nak kenal alquran, baru nak menghayati budaya islam, tiba-tiba mereka tersentak dengan pemergianku.....aku berkata-kata didalam hati...adakah pilihan yang aku bt ini betul???....aku jawab dengan yakin dalam jiwa dan sanubariku....aku tinggalkan muridku ini bukan beerti aku memadamkan terus beban dakwah yang tepikul diatas bahuku untuk mendidik masyarakat...aku pergi meninggalkan mereka untuk meneruskan pejuangan aku sebagai khalifah Allah untuk turut mendidik masyarakat mengenal Allah....berapa ramai remaja yang tak pandai baca al-quran, berapa ramai org dewasa yang tal solat...aku merintih dan berdoa kepada Allah"ya Allah telalu berat amanah yang perlu kami tunaikan sebagai seorang Mukmin..."Ya Allah pemudahkan segala urusanku "....aku harap pejuangan ku untuk memartabatkan agama Allah...didalam masyarakat yang semakin fasiq dan jahil ini dipermudahkan oleh Allah.....Ya Allah berikan Kekuatan fizikal, mental dan spiritual kepada ku dalam mengharungi mehnah dan tribulasi kehidupan sebagai hambaMU yang lemah supaya daku lebih cekal dan kuat.....amin




Sunday, August 9, 2009

Info Kesihatan

"Kesihatan Adalah Anugerah Allah Yang Tidak Ternilai Harganya"


" Indahnya hidup apabila kita punya kesihatan yang baik"

A. Muka

1. MATA. Bertindak balas dengan keadaan hati.
i) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak . Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG. Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selsema
a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sebu
a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iv) Batuk
a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

3. KERONGKONG
i) Kerongkong kering . Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong . Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

4. BIBIR . Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah Perut mengandungi banyak bahan toksin.

5. MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

6. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

B. KULIT
1. PELUH
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

2. RUAM DAN BISUL: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

3. KULIT GATAL DENGAN RUAM: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

4. KULIT PECAH DAN BERAIR: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

5. RAMBUT GUGUR: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

C. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
1. SENDI SAKIT
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. KEBAS TANGAN. Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN. Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. KEBAS KAKI. Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. SAKIT TAPAK KAKI. Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

6. SAKIT TUMIT KAKI. Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI. Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI. Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

2. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA .
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

3. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.

4. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

B. MULUT/KERONGKONG
1. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

2. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.

3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK . Tanda sakit jantung.

4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman

C. KENCING
1. KENCING KERAP : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

2. AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

3. AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

4. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

5. AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

D. BUANG AIR BESAR
1. CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,
menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

3. NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4. NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang

E. TINDAK BALAS BADAN
1. BADAN RASA SAKIT: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

2. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

3. BADAN TERASA PANAS. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

4. BADAN TERASA RINGAN: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

F. TINDAK BALAS EMOSI
1. RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

2. CEPAT NAIK DARAH/MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

3. RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.

4. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

5. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL: Sistem penghadaman yang lemah