
Pesanan Untuk Lelaki- Utk Mencari Calon Isteri
Jangan engkau kahwini wanita yang memiliki enam sifat ,pertamanya adalah jangan yang Ananah, Kedua yang Mananah,Ketiga yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Keempat adalah Hadaqah,Kelima yang Baraqah dan yang terakhir adalah Syadaqah.”
Wanita Ananah bermaksud wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan selalu buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka mengungkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazali
No comments:
Post a Comment