Wednesday, October 21, 2009

Kenangan Bersama Pensyarah yang Tersayang



Gambar kenangan bersama Prof Madya Dr Nurhayati Bt Zainal Abidin ( Pakar Cancer) di rumah beliau bersempena hari raya aidilfitri

<span style="font-weight:bold;">
"GAMBAR KENAGAN BERSAMA PAKAR FORENSIK DAN PAKAR PARASIT IAITU MAMA EDAH"


Tanggal 8 oktober 2009 adalah tarikh yang amat bermakna bagi penulis dan sahabat-sahabat...pada tarikh tersebut kami telah diberikan keizinan dan kesempatan oleh Allah untuk menyambut hari raya bersama-sama 3 orang pensyarah yang kami sayang dan yang kami hormat iaitu Mama Edah, Dr Sheena dan Prof Madya Dr Nurhayati Bt zainal abidin..Alhamdullilah Cukup meriah..terima kasih guru2 ku

Sunday, October 18, 2009

Pesanan Untuk Lelaki Untuk Mencari Calon Isteri



Pesanan Untuk Lelaki- Utk Mencari Calon Isteri
Jangan engkau kahwini wanita yang memiliki enam sifat ,pertamanya adalah jangan yang Ananah, Kedua yang Mananah,Ketiga yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Keempat adalah Hadaqah,Kelima yang Baraqah dan yang terakhir adalah Syadaqah.”

Wanita Ananah bermaksud wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan selalu buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka mengungkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazali